Ternyata, untuk kita mendapatkan sesuatu yang lebih baik, kite mesti kena berkorban.
Contoh:
1. Nak dekan, kena korbankan waktu tidur, keseronokan nak pergi jalan-jalan dengan kawan dan kena pulun study.
2. Nak happy kan orang lain, kena korbankan masa dan tenaga kita untuk luangkan masa dengan mereka.
Berkorban di jalan Allah? Ada ke?
Ada.. Korbankan masa untuk mencari kebenaran. Korbankan keseronokan dgn kawan-kawan. Korbankan masa-masa relax kite sebelum ni (banyak tidur, bersembang) dengan family dan kawan-kawan. Korbankan wang ringgit untuk infak ke jalan Allah, contoh pergi daurah (perlukan duit minyak). Korbankan tenaga untuk pergi ke usrah atau program setiap minggu. Banyak kan perlu berkorban?
Kenapa kite kena berkorban?
"Alaaa.. Tak perlulah! Biar kakak usrah buat ustah dalam palam je.. Save duit minyak!"
"Isssh buang masa je lah kau ni, tidur lagi bagus"
"Dah nak exam ni! Tak yah lah pergi program. 3 hari 2 malam pulak tu. Nanti tak sempat kau nak baca buku. Nanti gagal tak tahu..."
Kenapa aku sanggup berkorban untuk jalan ni? Sebab Allah berjanji dalam Quran, ganjaran untuk orang-orang yang beriman adalah syurga yang luas terbentang. Syurga kot!!! Semua free. Nak melagha kat sana sejuta tahun pun takpa. Nak topup balik masa-masa relax aku yang tak boleh ditunaikan di dunia tu.
Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Keyakinan ini membuatkan aku tekad untuk membina hidup baru. Hidup yang dunia dan akhirat tu. Hidup kita untuk dunia je pun tak boleh. Hidup untuk akhirat semata je pon tak boleh. Sebab nanti tak dapat nak kuasai sistem tu. Jadi, kena hidup seiringan dunia dan akhirat. Dunia as alat dan akhirat sebagai matlamat.
Mungkin selepas ni, aku akan tinggalkan selimut yang lama.
Bina hidup baru dengan persekitaran yang baru.
Mungkin selepas ni aku akan tukar roommate baru. Untuk kebaikan diri aku sendiri. Roommate yang sama-sama di jalan ini. Supaya bila aku malas untuk infiru, dia akan tarik aku untuk infiru bersama-sama dia. Satu tangga penghijrahan yang besar bagi aku kerana aku bakal meninggalkan roommate ku yang lama, yang aku dah biasa dengannya. Yang tidak perlukan perkenalan lagi sebab memang dah aku kenalinya sedalam-dalamnya. Tetapi demi tarbiyah, demi Allah, aku akan ta'aruf dengan roommate yang baru. Insyallah. Jika kita tolong agama Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Aku pegang pada dalil Allah ni.
Mohon maaf kerana mungkin kita tiada jodoh lagi untuk sepagi semalam bersama. Tetapi kita mampu untuk bersama di kelas, kan? Aku tahu kau sedang membacanya. Aku tahu.. Love u!