Wednesday, May 27, 2015

Cita-citaku menjadi Cheff di TV

Assalamualaikum. 
Hi semua (lambai). Combi2 apa khabaq? Baik noh? Baguih.. Ni nak bagitaw hampa semua ni. Mitsui Outlet Park, Sepang (sebelah KLIA2) akan dibuka pada 30.5.2015. Hari sabtu ni. Excited sebab mall dekat dengan rumah. Takdelah asyik mengepamkan diri di rumah sendiri. Eeeeeuw.

Cukup sampai disitu pendahuluan. Jom jom masuk body pulak. Hm rasa macam tengah buat essay BI. Okay stop berangan. 

Sekarang, boss tengah lead Case Management bersama ahli-ahli majestrit (lawyers) kat bilik mesyuarat sebelah. Mmmm curi2 dengar Tuan speaking PUMM PANG PUMM PANG ALAXANDER bunyi nye. Hehe. So, aku pun nak buat case management jugak dengan hampa. Sudi tak jadi pendengar/pembaca saya? Hehe thanks kalau sudi. Saaaaayang hampa noh! 

Dulu-dulu time budak2 aku dah bina cita-cita nak pandai masak bila dah besar nanti. Tapi sekarang saya yakin saya tak cukup 'besar' lagi sebab saya masih belajar. Pui! Kalau orang pandai masak ni, dia masak campak2 je. Campak dari tingkat 12, memercik kena dinding pun lagi sedap masakan tu. Buat masa ni aku tak mampu buat mcm tu. Yeee, aku campak jugak. Campak sebab takut minyak panas memercik kat tangan dan muka. Hehehe, habislah kena reject dengan future husband ni sbb campak ayam masuk kuali panas. NO NO NO! Kalau nak sehidup semati dengan saya, kena terimalah saya seadanya kan. 

Ish, bila nak masuk isi ni.. So dalam percubaan untuk ke stage 'pandai' masak tu, aku berangan nak jadi cheff dalam tv. So aku buat macam diorang. WHAT?? KAU BUAT APA? - tak.. aku cuma buat macam mana cheff2 dalam tv tu buat lah. Simple je. Pergi dapur, amik telur(s), tepung (idk what kind of tepung), garam, gula, lada sulah, kunyit (my fav ingredient sbb bila guna kunyit ni rasa macam orang besar -.- tah pahape kan aku), air sikit, a bowl and senduk kayu (macam ala2 oversea gitu, mana main senduk corak bunga2 ni :D). 

Okay then aku campur semua bahan2 tu dalam mangkok tu. Sambil tu mulut pot pet pot pet "okay, mula2 kita masuk kan @&^%@#* ke dalam mangkuk. Baik2, jangan terlebih jangan terkurang nanti dia tak naik elok. Kemudian, puan2 masukkan garam secukup rasa. Hati2 jangan terlebih nanti masin pulak. Takde siapa nak makan, so sayang kena buang) HAHAHAHA. Macam tu lah aku conduct the activity. Then, dah bosan, aku tinggalkan BENDA semua tu and naik bilik buat hal sendiri. 

Tetapi, kini rancangan memasak tu bertukar ke rancangan seram! 
18SG! KANAK2 DILARANG TENGOK!

Hai, amirah. Kenapa lah kau LUPA buang semua benda tu! Mak balik lepastu panggil dari bawah "AMIRAAAAAH. Siapa buat ni? Kau eh?" 

Aku cuak. Dalam hati "yeee aku yang buat" tapi jasad otw pergi dapur nak tengok apa yg dimaksudkan tu. " EHH BUKAN AMIRAH. MANA ADA AMIRAH BUAT!"  

Then my mom said, "Habis tu sapa? HANTU?! Heishhhh" aah betul jugak mak aku cakap tu sebab pagi tu aku je yang ada kat rumah. adik2 not sure lah pergi mana. HAHA AKU LAH HANTUNYA! Pastu naik bilik sambil marah2 sebab nak tunjuk gaya 'tak buat' tu.                   Amirah, amirah.  Siapa ajar? TV!!!! 

Sekarang tak pandai masak ni sebab tak mengaku kat mak lagi lah kot yang kejadian a long time ago tu aku yang buat.