Wednesday, August 8, 2018

Homestay KLIA, Sepang.

BOOKING NOW!!! WHATSAPP NOW!!! CALL NOW!!!

Homestay KLIA, Sepang. RM200 per night.

Berdekatan dengan: 

- KLIA (10 minit)
- KLIA2 (13 minit)
- MOVENPICK, TABUNG HAJI (5 minit)
- ERL SALAK TINGGI (15 minit)
- Litar F1 (5 Minit)
- KTM Nilai (25 minit)
- PUTRAJAYA (25 minit)
- CYBERJAYA (20 minit)

Kemudahan yang disediakan: 

- Ruang tamu (Set sofa + TV Astro Njoi)
- Ruang makan (Set meja makan + peti ais_
- 2 bilik tidur
- 2 bilik air
- Dapur (Boleh masak)
- Air-conditioner
- Iron + iron board
- Car park for more than 4 cars

Berminat? Whatsapp sekarang!!
012-2248044 (En.Adnan)
017-5139068 (Cik Amirah)

#homestay #homestayklia #klia #klia2 #f1 #litarf1 #rumahtransit #tabunghaji#haji #umrah #homestaymurah #booking.com #agoda #sepang #rumahsepang #homestaysepang










Wednesday, May 3, 2017

Semua makhlukNya islam


Alhamdulillah, hampir 3 tahun aku di gerabak tarbiyah ni. Suka duka memang ada di jalan ini. Perasaan untuk keluar dari gerobok ini tidak pernah terlintas dalam kamus hidup aku. Tapi, Allah hantarkan ujian yang sebenarnya jauh lebih dasyat dari ujian untuk keluar di jalan ini. Aku tiada rasa dalam jalan ini. Aim aku samar. Cukup untuk berbuat dan menghabiskan task yang murabbi bagi. 

Sehingga suatu hari aku timbulkan persoalan yang selama ini aku sembunyikan. "Apa perasaan kau selama di tarbiyah? Apa yang kau dah berbuat? Sebesar mana kau letakkan effort kau di jalan ini? Di mana sebenarnya kau ni.." 

Soalan ni keep mundar mandir dalam kepala. sewaktu aku drive, sewaktu aku melihat akhwat, sewaktu aku di masjid.. hmm. 

Melalui buku 'Asas-asas Islam' hasil penulisan Abu'l A'la Al-Maududi, beliau menerangkan ada apa di dalam islam yang sebenar-benarnya. Penerangan dari benih, sebelum terjadi nya pokok.



Hakikat islam, SEMUA ADALAH ISLAM. SEMUA. Segala makhluk di bumi, tumbuhan, binatang, bangunan, bintang2, planet2, galaksi... mereka adalah penganut agama Islam. Panasnya matahari tugasnya untuk memberi cahaya dan suhu pada bumi. Beredarnya planet2 di paksi nya tanpa terlari sedikit pun dari landasannya, adalah untuk mengekalkan keseimbangan setiap planet nya (pertukaran malam dan siang). Ular juga islam. Namun sifat ular yang manusia menyangka mereka kejam kerana habuannya adalah haiwan yang tidak bersalah huhu, hakikatnya sifat ular itu dijadikan oleh Allah untuk; manusia berfikir. Sekejam mana sifat haiwan itu, seberapa lebatnya hujan pada sesuatu hari, sekuat mana guruh berdentum tidak berhenti, sedasyat mana laut bergelora seakan ingin menelan manusia, mereka adalah makhluk yang tunduk pada arahan Allah, mereka hidup di dalam Islam. Mereka patuh pada setiap arahan Allah tanpa melanggarnya. 

Cuma, ada satu mahkluk Allah, yang Allah sayangi sehingga memberikan mereka pilihan. Nak islam atau tidak. Jika nak islam, Allah dah sediakan the list of do's and dont's. Jika kita patuh, islam lah kita. jika kita ignore, kita sedang against islam itu sendiri. Dan aku memandang jika kita tidak patuh pada Allah, kita seperti seorang tuan yang sangat kejam  pada tubuh badan kita kerana menzalimi mereka yang ingin patuh pada Tuhannya. Sebaliknya kita menggunakan mulut untuk mengumpat, gunakan hati untuk mengisi benda duniawi, gunakan tangan untuk melakukan maksiat. Nauzubillah hi minzalik. Hamba Allah yang tersangat lemah ini minta perlindungan pada Mu untuk jauhi diri aku dari semua kemaksiatan itu. 

Maka, kini ku sedar. Hati ini berhak untuk mendapatkan 'feelings' tu selama aku berbuat kerja DnT ini. Secara tidak sedar aku akui aku telah menzalimi tubuh badan yang fitrahnya ingin hidup di dalam kehidupan islam. Bukanlah hidup di dalam kehidupan manusia yang penuh dengan celupan lumpur jahiliyyah. Malu pada makhluk yang tiada suara untuk berkata, tiada pilihan untuk mereka pilih walhal mereka sedang tunduk dan patuh pada ALLAH; sentiasa berzikir padaNya. Manusia yang sibuk dengan kerja dunia, mengejar kemewahan, mengejar kebahagiaan yang semetara... Namun, mereka lupa siapa yang memberikan mereka semua itu. Siapa yang melengkapkan keperluan mereka untuk hidup. Mengapa kita tidak kembali pada YANG ESA? 

Sunday, October 23, 2016

Rindu aku padanya

**peluk cium bau kain batik mak**

Kalau kecik2 dulu, aku ambil kain batik mak utk aku lepas rindu. 

Tapi sekarang, aku dakap kain batik mak kerana aku rindu dia yang dulu. Yang sihat, yang kuat, pemberi semangat, tak pernah kenal erti penat. Aku rindu mak.. Aku ingin mak sihat seperi dulu.. Aku tak sanggup tgk muka mak yang sedang menahan kesakitan. 

Tuesday, September 6, 2016

Ada yang lebih besar dari matahari

Tengok bulan. Besar kan? 

Tengok matahari. Besar jugak kan? Boleh terangi bumi di siang hari. Hebat kan? 

Tetapi, sehebat bulan dan matahari, Allah tak minta kita untuk menyembah mereka. Allah suruh kita sembah Allah. So, Allah itu mesti lagi jauh lebih Besar dan lebih hebat dari ciptaanNya kerana sesungguhnya sifat2 Allah tiada setanding denganNya. 

Can u see relation dalam hidup kita? Adakah kita telah memandang Allah lebih hebat dari segala benda ciptaanNya? Atau kita tak sedar yang sepatutnya kita harus memandangNya sebegitu. 

Apabila kita dah tahu, Allah lebih hebat dari segala yang ada di semester ni, apa yang patut kita buat dan rasakan adalah, menambahkan keyakinan pada Allah. 

Sangat berkait rapat ilmu ni dengan hari aku yang merupakan first day dalam sem 5 ni. Macam2 aku rasakan sekarang. Aku rasa lemah nk berjumpa orang, menghadap lecturer, masuk kelas. Segalanya adalah tanggungjawab. Ini pun dah rasa berat, tetapi ketahuilah bahawasanya kita ada lagi tanggungjawab yg sangat berat. Bukan lah tanggungjawab as anak, atau insan. Tetapi tanggungjawab khalifah utk agama Allah. Walaupun tanggungjawab ni sangat besar menjangkaui tanggungjawab yang lain, tetapi manusia tidak pernah sedarinya. Memandang enteng, menyangka bahawa ini adalah kerja ustaz2! Pendakwah di tv! Penceramah! Tidak lah begitu saudari. Bukan itulah tujuan Allah menciptakan kita. Dia meminjamkan nikmat yang pelbagai untuk kita. 

Wallahu'alam.