Tuesday, September 6, 2016

Ada yang lebih besar dari matahari

Tengok bulan. Besar kan? 

Tengok matahari. Besar jugak kan? Boleh terangi bumi di siang hari. Hebat kan? 

Tetapi, sehebat bulan dan matahari, Allah tak minta kita untuk menyembah mereka. Allah suruh kita sembah Allah. So, Allah itu mesti lagi jauh lebih Besar dan lebih hebat dari ciptaanNya kerana sesungguhnya sifat2 Allah tiada setanding denganNya. 

Can u see relation dalam hidup kita? Adakah kita telah memandang Allah lebih hebat dari segala benda ciptaanNya? Atau kita tak sedar yang sepatutnya kita harus memandangNya sebegitu. 

Apabila kita dah tahu, Allah lebih hebat dari segala yang ada di semester ni, apa yang patut kita buat dan rasakan adalah, menambahkan keyakinan pada Allah. 

Sangat berkait rapat ilmu ni dengan hari aku yang merupakan first day dalam sem 5 ni. Macam2 aku rasakan sekarang. Aku rasa lemah nk berjumpa orang, menghadap lecturer, masuk kelas. Segalanya adalah tanggungjawab. Ini pun dah rasa berat, tetapi ketahuilah bahawasanya kita ada lagi tanggungjawab yg sangat berat. Bukan lah tanggungjawab as anak, atau insan. Tetapi tanggungjawab khalifah utk agama Allah. Walaupun tanggungjawab ni sangat besar menjangkaui tanggungjawab yang lain, tetapi manusia tidak pernah sedarinya. Memandang enteng, menyangka bahawa ini adalah kerja ustaz2! Pendakwah di tv! Penceramah! Tidak lah begitu saudari. Bukan itulah tujuan Allah menciptakan kita. Dia meminjamkan nikmat yang pelbagai untuk kita. 

Wallahu'alam.