Sunday, September 4, 2016

Langkah besar

Image result for big step

Ku akui memang benar kaki ku besar, saiz 9. Tetapi bukan itulah maksud aku untuk post kali ni. Hehe. 

Alhamdulillah dah masuk sem 5. Tak tahulah rupa sem kali ni macam mana. Se-hectic sem lepas atau tak. Harapnya walaupun hectic, aku mampu jalani nya, kerana kita kan ada Allah :)

Kelainan untuk sem ni, aku tak lagi duduk kolej. Kini aku duduk RI. Itu lah langkah besar dalam kehidupan aku. RI ni bukan hanya sekadar rumah sewa, tempat makan, tidur and buat assignment. Ianya lebih dari tu. 

Tiada lagi privacy kerana kita tidak tidur di dalam bilik tidur. Kami tidur di atas toto di ruang tamu beramai-ramai. 

Tiada lagi "ini barang aku yang punya". Kerana barang aku adalah barang kau juga kerana kita akhwat bonding nya adalah seperti satu keluarga. 

Tiada lagi hanya nak merasa masakan orang lain kerana kita juga akan masak secara bergilir-gilir. Tadi aku masak sambal tumis telor. Alhamdulillah dorang kata sodap. Haha, bila lapar semua sedap. 

Tiada lagi makan sorang dalam pinggan kerana kita akan makan dalam talam berkongsi 5-7 orang dalam satu talam. 

Tiada lagi sweet2 time dalam bilik air kerana ramai lagi yang tengah tunggu turn nak mandi nak pergi kelas.

Banyakkan "tiada lagi". Biasalah nak masuk syurga kena sedih, sakit, susah, payah, berkorban, tebalkan muka. Rela sakit yang sedikit tu demi menanti nikmat hiburan yang berterusan di syurga. Allah sayangkan pada orang yang bersabar. 

Duduk di environment ni bukan lah payah bagi aku. Malah ia sebenarnya cabaran bagi aku kerana Allah ingin prepare kan aku dengan sesuatu yang lebih baik yang tak mungkin aku dapatkan di environment kolej. 

Disini insyallah sudah terjaga Mutaba'ah amal. Melihat bagaimana kehidupan seorang Daie. Hidup yang serba sederhana, berkorban demi adik-adik usrah, terpaksa buat side income untuk cari duit tambahan untuk buat program adik2. Subhanallah, harapnya aku sekuat akhwat2 di sini. Amin