Tuesday, July 14, 2015

WAHHHHHH LUSA RAYA????? 

HEHEHEHE NAK MAKAN! NAK MAKAN! NAK MAKAN! MAKAN MAKAN MAKAN.....

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 
Siapa tak seronok beraya. Seronok, seronok juga, tapi kita jangan lupa pada kawan/insan yang kurang bernasib baik macam kita. 

Mereka yang tidak dapat beraya di kampung, tak dapat beraya di rumah sendiri kerana ranap (mangsa banjir dan kebaran), tidak dapat beraya dengan insan yang tersayang kerana mereka pergi dulu sebelum kita, tak dapat beraya selengkap kita kerana mereka mengalami masalah kewangan, dan akhir sekali, beraya dalam bunyi bising letupan bom dan peluru (untuk saudara kita di Palestin). 

Jadi, bersyukurlah dengan apa sahaja kelengkapan yang kita ada sekarang. Terlebih ke terkurang ke, kenangkan kawan-kawan kita yang tidak bernasib baik dekat luar sana. Masyallah, bersyukurlah. 

Tadi otw datang office, ada accident, motosikal dengan kereta. Penunggang tu terbaring kat tepi jalan. Kesian sebab fikir lusa dah nak raya, ujian timpa dekat dia. Harap dia dapat sembuh dengan cepat. Kalau dia ditakdirkan untuk pergi, harap dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman.