Tuesday, August 4, 2015

Panggilan Hangus

Hey yaniiiiiiiiiiiii. Pehal lah budak ni. Waktu aku nak contact dia lah, hp masuk Jamban lah, rosak lah, hampir kena flush laa. Opss sorry yanie. huhu. 

Habis masa 'free call' aku call budak ni, 19 minit. Check2 balance tinggal 3 minit je. Masyallah, rasa rugi pulak. Kalau call dapat makanan ke, dapat upah ke takpelah jugak. Ni tak dapat apa2. Dapat lah sikit, kegembiraan dari first minit sampai minit yang terakhir call asyik gelaaaaaaaaaaaaak je. Habis ilmu aku terbang. Nak tangkap tak cukup tangan ada satu tangan je tangan lagi satu terpaksa pegang telefon. Sorry imaginasi terlalu kuat untuk dihentikan. Ngeh2.

Macam-macam oh dia cerita. nak recall balik after that memang tak dapat nak recall sebab, carca marba. Mak suruh pergi kedai jumpa Wak Ali untuk sampaikan pesanannya. Nak pergi kedai jumpa Wak Ali, tapi Wak Ali tak ada, jumpa anak Wak Ali. Leka sembang dengan anak Wak Ali sampai lupa nak sampaikan apa yang nak dipesan dekat Wak Ali. Lepastu balik, sebok pk nak sampaikan apa kat Wak Ali tadi sampai tersesat jalan. Tanya orang, lain orang lain jalan yang diorang bagi. Sampai kesudah tak jumpa jalan tiba2 terserempak dengan Wak Ali. Bila nampak je muka Wak Ali, terus ingat apa yang nak sampaikan tadi. Pesanan mak ke Wak Ali, "bagi bawang putih buang 3 kilo". Tiba-tiba terfikir lah pehal tadi aku tak beli je bawang putih, cedok sendiri dan bayar dekat anak Wak Ali!!!

Haa macam tu lah cerita yanie. Carca marba selayak dengan tuannya yang C! aha, no no no. Jangan salah anggap. Bukan Comel, tapi Clumsy, Clum kabut! HAHA. Nasib baik tak terflush hp tu. Orang kata, biarlah nampak jasad arwah tu daripada pergi tanpa nampak jasadnya. Haha, nasib jasad berjaya diselamatkan. Hee, sorry yanie i love u i miss you.

Jangan takut untuk bermadu yanie kerana madu itu manis dan mampu menyembuhkan selsema Insyallah :D

p/s: nanti aku tuntut 19 minit aku tu ye.