Tuesday, April 7, 2015

VVIP di Hari Akhirat

Assalamualaikum

Sedarkah kita bahwa sekarang berada di akhir zaman? Di hujung hari sebelum Hari kiamat? Macam mana persediaan kita? Boleh dapat 'dekan' tak rasanya?

Allah bersabda di dalam AL-QURAN, Surah Al-Waqi'ah (Ayat: 7-57)

Disini Allah menerangkan kepada kita, apabila terjadinya Hari Kiamat, kita dibahagikan kepada 3 golongan iaitu kanan, kiri dan orang2 yang paling dahulu. 

Allah bersabda:
"iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu."


Di dalam kitab Allah ada menerangkan tentang siapakah golongan kanan ni. Mereka itulah yang dekat dengan Allah. Mereka berada di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan. Mereka ni berada di atas pan-pan yang bertakhtakan emas dan permata dan bersandar saling berhadapan antara satu sama lain. 


Dikelilingi pula dengan anak-anak muda yang membawa cerek dan gelas yang berupa piala yang berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Bidadari yang rupa paras yang indah mengililingi mereka. Mereka dihidangkan makanan yang lazat seperti daging burung seperti yang mereka inginkan 


Golongan inilah yang tidak mendengar percakapan yang sia-sia dan yang dapat menimbulkan dosa. Tetapi mereka inilah yang menjawab salam. Golongan ini sebahagian besar dari orang-orang yang terdahulu dan sebahagian kecil dari zaman yang kemudiannya (zaman kita)


Bila menelaah ayat ini, aku membayangkan situasi di golongan kanan ni. Subhanallah, indah nya!!! Ya Tuhan... Jadi semangat lagi untuk terus berubah dan membaiki diri. Di dunia, kita tak terlayan kan dgn sebegitu rupa. Ini kan pula di akhirat, di hadapan Allah swt. Terlalu indah untuk di bayangkan. Terbatas untuk kita imaginasikan bagaimana keadaan yang sebenarnya.