Tuesday, April 7, 2015

Pendahuluan


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum. Hai. Dah delete dah post yang sebelum ni. Kata orang, yang lama jangan dikenang.

Post kali ni aku pilih yang lebih berilmu dan mendatangkan manfaat pada yang membacanya. Aku akan berkongsi melalui sumber buku yang aku baca, sumber televisyen dan sumber tarbiyah.

Tarbiyah? What is that huh? Tarbiyah adalah pembelajaran. Contohnya, pembelajaran dalam kelas, usrah dan sebagainya. Ujian juga merupakan tarbiyah.


Saya bagi situasi, letakkan diri anda di dalam kereta yang traffic nya 'hanya Allah saja yang tahu' Sangat jam. tak lekang fikiran saya membayangkan Shah Alam. Bandar yang tak asing dengan kesesakan lalu lintasnya. Kadang-kadang jaraknya hanya 3km kedepan. Tapi nak sampai tu ambil masa lebih kurang setengah jam sabar jelah. Muka memang tak boleh cover lah. Memang ketat habis. **sigh** 


Haa.. kan? apa yang kita belajar dari sini? Sot. Ba. Ro. Sabar. 
Kalau orang2 yang dlm kereta lain tu tak sabar apa yang akan mungkin terjadi? Bising dengan 'horn'. Buka tingkap, and then maki2 orang. Yang lebih teruk lg yang saya bayangkan, buka pintu "Hoi? Ni jalan aku!! Sini kau!!" *dush..dush..dush..* haa. 18SG sgt otak ni berfikir.

Jadi boleh kaitkan tak tarbiyah dan ujian? 

Jadi, anda diperlawa untuk membaca blog saya dan belek lah satu-persatu entry saya nanti. Insyallah, kalau Allah nak ketuk hati kite, mesti salah satunya terkena pada kita. Itulah proses tarbiyah :) 


Assalamualaikum