Tuesday, May 12, 2015

Before you sleep

Assalam. 

Hello. I'm Amirah. What is my name again? 'Amirah'. Okay good girl/boy. Applause!

Persiapan sebelum tidur sangat berat dan complicated dengan badan yang penat dan sgt mendambakan nikmat tidur tu. Tapi macam2 nak kena prepare. Itu lah, ini lah sampai buatkan aku rimas. Tujuan utama perisapkan diri sebelum naik ke atas katil adalah untuk mendapatkan tidur yang selesa dan pastikan badan betul2 ready untuk tidur. Betul tak? 

Ni adalah senarai persiapan yang PERLU dibuat sebelum tidur: 

1. Mandi- OC. Semua org buat benda ni betul tak? Mandi! Kalau tak u will experienced badan melekit2 hasil dari peluh. Euww siyes x selesa.

2. Gosok gigi- Yang ni sangat penting. Kalau tak dapat tunaikan yang ni, bangun esok mesti rasa bersalah gila ah. So kena jugak buat benda ni. Sometimes tertinggal jugak sebab malas + degil. 

3. Penjagaan muka- Hi girlsss haha (dah start dah), yang ni penting jugak kan. Tapi kadang2, rasa x nak apply sebab bagi kulit muka berehat x perlu bekerja keras malam2. Bagi kulit muka bernafas. Aha, tu bagi firasat saya lah. 

4. Basuh kaki- Haaa.. yang ni paling sensitive. Lepas je basuh kaki, tak boleh dah pergi bersiar kat dapur ke kat ruang tamu ke tanpa pakai SELIPAR! Kalau tak, saya rasakan ada lapisan simen yang buat rumah tu tersalut dekat tapak kaki ni. Effect dia, rasa panas waktu nak tidur. Automatically, susah nak tidur aha. See, idk lah kalau ini still dipanggil 'firasat' tapi ni firasat saya. Ha Ha

5. Bantal- Yang mencukupi. Satu dikepala, satu di bawah kepada bawah lutut. Faham kan? Ni untuk elakkan pinggang sakit atau lenguh semasa baring/tidur. Berguna jugak OT ni kan hehe. 

6. Selimut- Well, well, well. Memandangkan saya ni seorang yang kurus dan tak banyak lemak (sedih actually) saya kena bersiap sedia pada waktu tengah malam atau pagi. Usually, before tidur takdelah sejuk mana, tapi menjelang pagi tu memang sejuk.... Kat palam yang macam kat cameron tu, i need to wear a pair of sock sebab terlalu sejuk. Sometimes terpaksa pakai sweater. Haha pity u mira.

7. Doa- Yes, kita akhiri hari kita dengan doa, Basically saya akan baca banyak surah sebelum tidur. Udah terbiasa pak! Surah Al-Fatihah, Surah 3-Qul, Ayat Kursi, doa sebelum tidur dan akhir sekali ucap Syahadah 3 kali. Kadang2, tengah baca2 tiba2 terlelap. Tak sempat habis kan surah lagi dah tertidur. Pastu terjaga, ulang balik haha. Bagus lah jugak kan. Okay its done! Now boleh tidur, Bismillah..