Wednesday, May 27, 2015

Tekad

Okay, lepas ni NO PERFUME! Tak kisah lah perfume de toilette ke, de shower ke, NO NO NO! Tekad ni. Betul mira? -Yes, betul! Kau jangan jadi 'shaiton' sangat sebab dia selalu me was-waskan manusia, hasut manusia buat dosa. 

Selepas baca blog Majdiah Ilyani, rasa tertusuk sangat hati.


Shaiton: Apa salah aku, aku cuma melaksanakan tugas.
              Aku paling gembira bila kau tinggalkan solat.
              Aku yang membuatkan kau lewatkan solat.
              Lengahkan solat.
              Ringan-ringankan solat.
              Kemudian, aku buat kau tinggalkan solat!
              Sehingga hati kau MATI.
              Kau tahu kan? Pemisah antara muslim dan kafir adalah solat.
Manusia: Laknat kau! Adakah selain itu yang kau lakukan?

Shaiton:  Oh, banyak lagi..aku puas dengan usaha aku.

Manusia: Cis !

Shaiton:  Bertenang..
              Kau memang dah celaka.
              Kau akan mati dalam keadaan kau telah berzina lebih dari seratus kali.

Manusia: Tak, aku tak pernah dekati lelaki seumur hidup aku!
Shaiton:  Benar, tapi bukankah kau pernah keluar ke pasar dengan memakai minyak wangi?

Manusia: Ya, jadi?
Shaiton: Seorang lelaki telah terhidu wangian kau.
             Bukan seorang, tapi ramai.
             Kau tahu bukan, jika seorang wanita keluar dengan memakai wangian lalu dihidu oleh lelaki ajnabi dia dikira berzina?!
Tapi cuma minyak wangi.
Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)

Jadi itulah kisahnya.
Aku memang fanatik bab2 perfume, memang tak boleh jugak lah keluar tanpa perfume. Rasa incomplete sebab tak selesa kalau rasa badan dah berpeluh dan bau yang tak senang. Dan rasa takut kalau terbau 'busuk'. Aku takut. Pelik2 je kan. 
Lepasni, aku rasa tanpa perfume pun aku boleh hidup. Just maintain kan kebersihan badan and follow some 'petua2' dari orang dulu right. Deodorant pun dah cukup rasanya. Insyallah, Allah akan pandang usaha kita. Allah akan tolong kita dalam usaha untuk mendekati Dia. Kan? kan? Setuju tak? 
Apa aku nak buat dengan perfume2 yang dah ada sekarang? mmm cuma satu yang aku boleh fikir. Sembur dekat bilik. At least dapat jugak lah bau wangian tu kalau rindu kan :) hee. Thanks Allah bagi idea tu. I know this idea is came from You.