Thursday, May 28, 2015

Dear Traffic Police,

Assalamualaikum

Hai. Harini aku drive sendiri pergi office. Selalunya naik kereta mak tapi kali ni nak berdikari lah naik kereta sendiri, minyak sendiri, and jadi driver sendiri. (padahal bawak kereta sebab ada hal) Baik kan aku. Tak nak bebankan mak. (hehe pui! blah ah kau mira)

Mengumpat ehh?? Tak baik ah, dosa masuk api neraka. Okay, tadi tengok polis traffic. Dari kecik lagi tertarik dgn polis traffic ni (tak habis2 cerita 'dari kecik kau' tapi ni betul2 serius eh). Even lelaki, tangan diorang lemah lembut. Pakai seluar skinny, peh memang smart. Dari mata turun ke gear satu! Jalan! Jangan sampai leka tgk depa, nanti org belakang 'hon'.

Okay, terbayang kalau polis traffic ni pakai kaki badut yang panjang tu. Kan bagus. So this is the reason why i say so:

1. Ada kes, kereta langgar polis traffic. Kalau polis pakai kaki badut tu, risiko utk kena langgar dengan kereta tipis kerana kereta akan langgar kaki sahaja memandangkan seluruh tubuh polis tu berada di atas. Pelanggaran tu akan diikuti dengan seluruh tubuh badan jatuh ke bumi. Jadi risiko pelanggaran di kawasan anggota badan dapat dielakkan.

2. Bila polis traffic tinggi, kereta yang belakang2 tu boleh nampak polis yang dekat depan tu sekali gus boleh terima arahan terus dari pihak polis traffic instead of tunggu arahan kenderaan yang bergerak dihadapan.

3. Apabila kereta yang belakang2 boleh nampak polis yang tinggi tu, kadar peratus individu yang bosan ketika menunggu di traffic tu berkurangan.

So, bernas tak idea ni?

TOLONG KEMUKAKAN CADANGAN INI pleaseeeee.