Tuesday, May 19, 2015

The Women Next Door

Pada suatu malam yang hening. Angin sepoi2 menampar lembut pokok tirus yang tersusun di tepi bangunan hotel 'Sakura'. Bulan penuh berdiri tegak di atas bumbung memberi cahaya yang malap pada suasana malam. Seorang lelaki yang sedang menggalas beg 'travel' dan kelihatan letih sedang menuju ke kaunter 'receptionist'. Dia berhajat untuk bermalam di hotel itu buat satu malam.  

"Sir, here's the key" kata wanita yang menjaga di kaunter utama hotel sambil menyerahkan kunci bilik ke arah tangan lelaki tersebut. "FYI, the room next door to your's doesn't have a number on it and is locked" tambah wanita itu lagi. 

Lelaki tersebut meng-'iya' kan apa sahaja yang diberitahu oleh wanita yang bercelak dan mengenakan gincu berwarnah merah itu kerana lelaki tersebut begitu penat pada malam itu.

Setelah selesai mengambil kunci, lelaki tersebut menuju ke lorong yang membawa ke arah bangunan dimana terletak biliknya. Bangunan tersebut kelihatan sunyi dan suram. Cuma lampu kalimantang di hadapan setiap pintu bilik sahaja yang menyerikan bangunan tersebut. Tiada kelihatan kelibat manusia di kawasan itu. Kedengaran bunyi cengkerik di semua penjuru arah. Lelaki itu melintasi bilik yang dimaksudkan wanita tadi. Semua pintu di hotel tersebut ber 'cat' kan warna putih walhal pintu pada sebelah biliknya diwarnakan warna merah gelap dan tiada nombor tertera padanya. Dia mengangguk kerana membenarkan apa yang dikatakan wanita tadi. Dia segera membuka pintu biliknya dan bersiap untuk tidur memandangkan hari sudah lewat malam. 

Di tengah malam... 

"SCRAAAAAAAAAP" dia terbangun dari tidurnya kerana terganggu dengan bunyi bising. Bunyi yang didengarnya seakan bunyi kuku yang dicakar pada dinding dengan sangat kuat. Dia percaya bahawa bunyi itu datang dari bilik sebelah.  Dia menghiraukan bunyi tersebut untuk beberapa minit tetapi bunyi itu membuatkan dia terganggu untuk meneruskan tidurnya. Lantas, dia bergegas bangun dan keluar ke kaki lima dan menyedari bahawa bunyi itu datang dari dalam bilik yang 'terbiar' itu. Dia mengambil keputusan untuk mengetuk pintu tersebut.

"Biarlah aku intai dulu kot-kot ada orang dalam ni" kata hatinya. Lelaki tersebut mengubah keputusannya untuk mengintai dahulu di lubang kunci yang luasnya cukup untuk matanya menilau dan jenguk ada apa di dalam. Gelap dan kosong. Tetapi kelihatan ada sebuah kerusi di tengah-tengah ruang bilik dan seorang perempuan duduk di atas kerusi yang sedang membelakangkan lelaki tersebut. Berjubah putih dan rambut hitam nya tidak terikat dan dilepaskan sehingga ke aras bahu. Sekilas pandang, perempuan itu kelihatan pucat dan suram. Lelaki tersebut mengintai untuk beberapa lama berharap perempuan tersebut akan toleh ke arahnya demi melihat wajah perempuan tersebut. Tetapi perempuan itu tidak berbuat demikian dan dia ini mengambil keputusan untuk pulang ke bilik dan sambung tidurnya.

Keesokan harinya, dia berkemas untuk meninggalkan bilik tersebut untuk menyambung perjalanannya. Dia meninggalkan biliknya. Sebaik sahaja lelaki itu berjalan melepasi bilik yang terkunci itu, tiba-tiba dia teringat akan kejadian semalam dan bercadang untuk menjenguk dan mengintai ke lubang kunci tersebut. 

Dia sangat kecewa kerana apa yang dia nampak cuma warna merah seolah-olah ditutupi oleh kain yang berwarna merah. Dia meninggalkan bangunan itu dan menuju ke kaunter utama untuk memulangkan kunci. 

Receptionist: Did you have a good stay?

Lelaki: Yes, thank you. Although last night i heard some strange scratching noises coming from inside the other room... 

Receptionist: You looked in there, didn't you? 

Wanita ini bertanya dalam keadaan yang ketakutan dan tidak sabar menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

Man: I did, but what's so terrible about that? 

Dia bertanya dengan penuh kekeliruan dan tanda tanya.

Receptionist: Well, 10 years ago the manager's daughter died in that room. They say she still lives in there. We had to lock it so she couldn't get out. You must look into her eyes, everyone who has, has died, including her father. She's pale with long dark hair. 

Lelaki tersebut mula takut dan badannya turut rasa beremang. 
"Well, at least aku tak pandang mata dia. Dia membelakangkan aku. Huh, nasib baik" dia ber-monolog sendiri.

Receptionist: And her eyes are the worst of all. They are blank, staring red. 

Sumber: Wattpad - Short Horror Stories