Saturday, December 26, 2015

Kesyukuran


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga. Allah telah menempatkan hati ini di lorong yang cerah, luas dan indah. Cukup indah. Sinar itu membawa aku kepadaNya. Pencipta aku yang Maha Esa. Tiada pencipta manusia, alam semesta, seluruh benda lain selain dariNya. Yang Maha menguasai segala seluruh pelusuk alam semesta. 

Aku seperti di kejutkan dari tidur lena yang melampau. Hidupku selama 19 tahun kini umpama debu kotor yang ditiup angin yang tiada gunanya. Ku rasakan hidup ku baru bermula, setelah aku mengenal apakah itu Tarbiyah. 

Apakah itu tarbiyah? 
Tarbiyah adalah proses pembelajaran. 

Tapi bagi aku, istilah tarbiyah itu sudah sebati dengan darah aku. Kerana bagi aku, tarbiyah itu adalah menunjukkan kasih sayang Allah pada hambaNya yang ditunjukkan melalui ujian. Setiap ujian yang kita lalui, merupakan proses pembelajaran untuk kita. Dari ujian tu, Allah ingin melahirkan sesuatu dalam diri kita. Common, skema jawapan bila ditimpa ujian.. tabah.. Typical answer, but it is :) 

Tapi bila kita jadikan seluruh hidup ini sebagai tarbiyah kita, kita mudah tenang dalam menerima ujian. Kerana kita cuba untuk mencari hikmah dan ibrah disebaliknya. Dan dalam mengalami proses ini, aku merasakan bahawa Dia sedang melihat aku, dan Dia sedang ingin membawa aku ke Dia. Oh sweet nya Allah.

Wassalam