Sunday, January 17, 2016

Cuti Semester


"YEAYYYYYYY SEM BREAK!!! 
CUTI 2 BULAN!!! YAHOOOOOO...."

Sebelum cuti sem tu, dah plan nak buat apa. Dah kumpul movie2 best tulen dari filem Barat. Tengok kualiti filem rate berapa. Tak mainlah 2-3 bintang je.Tak nak yang record dalam wayang punya. Nak terbaik lah kata orang. Dalam kepala ni dah susun dah dari pagi nak buat apa sampai ke malam hari. Antara aktiviti yang tersenarai: tidur banyak, workout (zhumba), pergi jalan-jalan dengan kawan & family, lepastu ambil gambar masuk insta, caption nak yg terbaik punya, makan haruslah banyak dan menu yang best sbb tak dapat makan yang banyak kat kolej (save duit)... dan banyak lagi. 



TAPI.......



Sedar tak sedar, lagi seminggu nak masuk sem baru. Time ni lah menangis, tak nak masuk sem. Habis lah semua kebahagiaan, keseronakan di rumah di ragut, di robek, di sentak. (Haha over YOU!) Maka dengan itu, akan aku perbanyakkan hiburan, perbanyakkan tidur, perbanyakkan baring sambil usha insta and whatsapp yang tak penting tu. 

Itu aku dahulu. Lebih banyak membuang masa dari mengisi masa. Lebih banyak hiburan dari memikirkan apa yang perlu aku isi dalam diri. Lebih banyak tidur dari memikirkan bagaimanakah keadaan diri aku ini. Lebih banyak makan tanpa memikirkan banyakkah aku sudah memberi pada Allah? 

Jangan salahkan environment yang membuatkan kita jatuh tersembam ini. Jangan salahkan kawan kerana kita terpengaruh begini. Jangan salahkan ibu bapa yang tidak berpesan baik-baik pada kita. Jangan salahkan handphone yang menjamu pelbagai aneka hiburan. Jangan salahkan Allah kerana tidak membuka mata kita. Justeru, siapa yang harus dipersalahkan? 

Empunya hati. Salahkan siapakah yang memandu hati itu. Salahkan siapa yang tidak memberi makanan pada hati itu. Salahkan siapa yang tidak menghidupkan hati itu. Salahkan siapa yang tidak mengajar hati itu. 


Kini, aku sedar kealpaan aku sebelum ini menjerumuskan diri ke gelombang wilayah yang sangat hitam. Yang amat ditakuti oleh Rasulullah swt dan para sahabat baginda. Yang membuatku terapung terkapai-kapai kerana tidak menjumpai dasarnya. Zaman jahiliyah yang terlampau banyak membuang masa dan tidak question langsung tujuan hidup aku... Tersentak! Pantas aku bangun dari tempat tidurku. 

AHHH! Ini semua tak boleh pakai!