Monday, January 18, 2016

Berhala kita


Orang jahiliah dahulu menyembah berhala atau dikenali sebagai taghut. Berhala ini pula dapat didefinisikan sebagai menyembah selain daripada Allah. Perbuatan menyembah berhala ini pastinya sama sekali tidak mengingatkan dirinya pada Allah swt.

Rasa-rasanya harini, ada lagi tak berhala atau taghut tu? 

"Mana ada.. Mana ada patung2 besar (berhala) di tepi2 highway, di shopping complex" 

Jom kita balik balik pada maksud berhala tu. Berhala adalah penyembahan selain daripada Allah. Sama juga maksud menyekutukan Allah. Setuju? 


Jadi, cuba kita fikir sejenak. Zaman sekarang, ada tak benda atau alat yang membawa kita tidak mengingati Allah? Saya bagi contoh yang paling terdekat dengan kita. Mungkin hanya sebelah kita benda tu. Handphone. Semasa kita menggunakannya, balas whatsapp kawan-kawan, scroll instagram, usha muka kawan, muka artis, ada tak trigger kite untuk mengingatkan kita pada Allah? Scroll insta, sambil berzikir pada Allah. Kalau ada, alhamdulillah.. Contoh kedua, study kita. Belek satu per satu muka surat, sambil sebut "Subhanallah..." berulang kali kerana nampak bahawa ilmu itu datang dari Allah. Tengok nama-nama and jenis-jenis tulang, jenis treatment untuk pesakit stroke, rasa bahawa Allah yang mengilhamkan manusia semua ilmu tersebut. Shopping? Main badminton? Bekerja? Dengar lagu? Tengok movie? 


Jadi, boleh tak saya cakap betapa banyaknya berhala di zaman sekarang? Berhala yang tidak nampak dengan mata kasarnya, yang itu adalah lebih bahaya kerana ramai yang tidak perasan akan kehadiran mereka dan lama-lama menarik kita sedikit demi sedikit jauh dari tujuan utama hidup kita.