Saturday, January 23, 2016

CRY! CRY! CRY!

Pada suatu hari, si bapa dan 3 orang anaknya pergi ke pasar malam. Tiba-tiba mereka lalu di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis permainan. 

Anak pertama (7 tahun)
Anak 1: Abah, nak kereta ni. 
Abah   : Tidak boleh anakku. Ayah tidak cukup duit. 
Anak 1: Okay, abah! (berlalu pergi, tanpa meminta lagi)

Anak kedua (5 tahun)
Anak 2: (Tidak berkata apa-apa, hanya melihat lama pada sebuah set permainan robot)
Abah  : (Si ayah sangat memahami kelakuannya anaknya) ... Tidak wahai anakku, abah tidak punyai wang yang cukup. 
Anak 2: Okay abah. (setelah itu, dia tidak cuba untuk meminta permainan lain)

Anak ketiga (3 tahun)
Anak 3: Abah, saya nak yang ini. 
Abah   : Tidak anak, abah tidak cukup duit. 
Anak 3: Alaaaaa..... saya nak jugak...
Abah   : Tidak boleh nak... 
Anak : (1...2...3...) WAAAAAAAAAAAAA!!!!!!! (Menangis disitu sehingga orang lain pandang)
Abah   : ??????


Soalan: 
Menurut 3 situasi di atas, pada pendapat anda, anak yang manakah yang akan mendapat set permainan yang mereka inginkan daripada si bapa? 

Kenapa? 



....
















Insyallah, jawapannya ialah anak yang ke-3. Kenapa eh?  Kerana jika si bapa masih berkeras tidak membelikan permainan tersebut, kemungkinan besar anak yang ke-3 itu akan meraung yang lebih kuat lagi! Kanak-kanak kecil.... biasalah tu. 

Apakah ibrah yang kita perolehi daripada kisah itu tadi? Jadilah kita seperti si anak kecil yang berusia 3 tahun itu pada Allah. Menangis lah! Merengek lah! Meronta-ronta lah seperti anak kecil itu dalam pada kita ingin meminta sesuatu daripada Allah. Berdoa lah non-stop kerana sifat Allah Yang Maha Pemurah dan Pemalu... 


"Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Pemurah. Dia malu bila seorang lelaki mengangkat kedua tangannya kepada-Nya, lalu dia mengembalikan tangannya dalam keadaan kosong dan hampa." - (Hadis riwayat Al-Hakim)