Saturday, January 23, 2016

Kita... yang mana?

"Ya ustazah, kenapa kita kena solat 5 waktu....?" 

"Ya ustaz, kenapa kita dituntut untuk berdakwah....?" 

"Ya murabbi, kenapa kita kena buat murtaba'ah amal....?" 

"Ya sahabat, kenapa kita kena tutup aurat....?" 


Allah menjadikan manusia lumrahnya adalah bermain dengan pelbagai persoalan di dalam otak dan benak hatinya. Tetapi, tahukah kita bahawa terdapat 2 jenis bentuk persoalan. 

1. Tujuan kita menujukan soalan kerana untuk mengetahui yang sebenarnya apakah maksud dan ibrahnya. Sebagai contoh, tujuan kita menanyakan mengapa kita perlu beribadah, adalah untuk mengetahui ilmu disebalik tersebut dan supaya lebih semangat untuk kita menunaikannya setelah kita mengetahui sebab apa ia dituntut. Dalil daripada Allah adalah kekuatannya. 

2. Persoalan jenis orang Yahudi yang bertanyakan soalan untuk mencari alasan untuk tidak menunaikannya. 

Berhati-hati lah dengan tujuan kita bertanyakan soalan tersebut. Adakah disebabkan jenis persoalan yang pertama atau yang kedua. Semoga segala perbuatan kita disandarkan sepenuhnya kepada Allah swt.