Monday, January 25, 2016


Alhamdulillah, kini aku dikurniakan lebih dari 5 buah buku nota. Dulu aku tertanya-tanya, kenapa aku suka beli buku nota walhal aku tidak tahu menulis apa di dalamnya. Dan aku tersangat suka apabila ada kenalan yang menghadiahkan buku nota. Tetapi selama aku tanpa jawapan itu, penat aku berfikir apakah yg aku patut tulis dalam buku2 tu. Bagi pendapat aku, tak mungkin aku akan menggunakan buku2 itu untuk menulis ilmu2 subject 'OT'. Aku mahu penulisan yang lebih istimewa daripada ilmu 'OT' tu. Aku tidak menafikan bahawa setiap ilmu adalah datang daripada Allah. Dan juga tidak dinafikan semua yang daripada Nya adalah istimewa belaka yang tiada yang dapat tandinginya. 

Tetapi aku mencari yang lebih, lebih, lebih besar dari itu. Untuk diri aku sendiri... Dan mungkin juga untuk (manfaat) orang lain. 


Sekarang Allah dah beri jawapan di atas segala persoalan aku. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah ditangkap dan dipenjarakan atas sebab beliau aktif dalam menyebarkan dakwah sekaligus menyingkir taghut pada ketika itu. Riwayat hidup As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, telah dihabiskan dengan sepena dan helain kertas sepanjang di dalam penjara. Beliau menulis tentang  rasa syukurnya kerana beliau telah berada di bawah naungan Al-Quran, setelah berpuluh tahun dia hidup hanya dalam bergelinangan dengan duniawi sahaja. Beliau juga turut berkongsi pendapat dan ilmu nya tentang jalan tarbiyah.

Apakah mungkin aku akan menjadi seperti beliau? Yang kini ku juga rasakan duduk di dalam penjara walaupun ada je kereta untuk pergi ke sana ke mari. Tetapi hakikatnya aku rasakan persekitaran telah menjadi tiang besi kerikil penjara itu. 

Kini, aku mempunyai banyak masa untuk menulis sebanyak ilmu yang aku dapat daripada usrah dan oc daripada tarbiyah ini. 

Tapi kata-kata ini selalu bermain di minda yang berbunyi: 

"The more you learn, the less you know"