Thursday, January 28, 2016

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Pengasih

Untuk post kali ini, izinkan saya untuk berkongsi sesuatu yang berharga. Begitu kuat keinginan aku berkongsi dengan kalian tentang hasil bacaan buku 'Hari-Hari Kehidupanku' yang ditulis sendiri oleh watak yang sebenar iaitu, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Buku ini merupakan kisah realiti Zainab Al-Ghazali tentang penyebaran dakwah islam beliau yang ditentang hebat oleh pemerintah Naseer yang kejam pada ketika itu. 

Kisahnya bermula apabila aktiviti dakwah dan Pertubuhan Ikhwan Muslimin di sekat dan dibubarkan. Hal ini ditentang oleh Zainab Al-Ghazali kerana hasrat beliau ingin mendidik pemuda-pemuda pada ketika itu bangun bersama, mengIlahkan Allah, dan membangunkan negara mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau juga ditawarkan untuk membuat hubungan baik dengan pemerintah dengan syarat terdapat unsur taghut dimasukkan ke dalam Pertubuhan Ikhwan Muslimin, dan sudah tentu di tentang habis-habisan oleh beliau kerana islam tidak ada tolak ansur dengan perkara taghut. 

Lantaran itu, beliau ditangkap dan menjadi salah satu tahanan di penjara tentera lelaki. Beliau diperlakukan seperti beliau bukanlah seorang manusia yang berjantina kan perempuan...

*sungguh gerun, takut, ketar untuk aku menceritakan buat masa ini. aku tidak sanggup menceritakan babak seksaan nya yang pasti memaksa aku membayangkan suasana dan keadaan itu untuk aku menulis dan ceritakan pada pembaca sekalian. hasrat ku terbantut seketika ini. suasana bilik yang suram membuatkan jantung aku berdegup kencang, kerana .......... zainab selalu menceritakan di dalam buku nya yang beliau sangat gerun dan terasa ditelan oleh kegelapan di dalam bilik tahanan. mungkin aku boleh sambung penulisan ini pada sebelah pagi esoknya, Insyallah... Maaf*