Wednesday, February 3, 2016

Up coming Jaulah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kerana aku diberi masa senggang untuk menulis blog lagi kerana aku sangat sebok sebok sebok. Huhu sebok dengan apa pun tak tahu :P

Sabtu ni, aku akan Jaulah dengan Wildan (nama group usrah) ke mana kite.. Aku tidak tahu, seperti biasa ia nya rahsia. Haha dan aku suka kan surprise mcm ni :) Jaulah ini mengambil 3 hari 2 malam.

Tetapi, membuatkan aku cuak, risau, debar2, kena persiapkan diri lain dari yang lain. Dalam erti kata lain, luar biasa. Antaranya: 
1. Puasa sunat 1 hari 
2. Tilawah dan tadabbur minimum 1 juz
3. Perbanyakkan istighfar (mcm biasa) 
4. Senaman 3x seminggu 
5. Jaga makan, minum dan kesihatan 
6. Baca & fahami solat jama'. 

Murabbi bagi task ini dalam seminggu setengah awal. Insyallah, diri aku hampir dipersiapkan dengan semua benda ini. Tetapi, aku masih takut, kerana aku merasakan adakah aku sudah bersedia untuk jalani hari-hari istimewa ni? Kerana aku banyak melagha di rumah. Walaupun bukan di depan tv, tetapi ada je hp di tangan, urusan dunia, komitmen dgn keluarga sehingga aku terlupa diri. 

Takutnya, cuaknya, penuh dengan tanda tanya, mengapa kami semua diperlukan untuk persiapkan diri dengan sebegitu? Which bagus lah untuk kita kerana kini baru ku realize tak mustahil utk tilawah dan tadabbur 1 juz dalam satu minggu ;)

Kebiasannya, if nak pergi daurah, kami hanya perlu mempersiapkan diri dengan perbanyakkan istighfar, mantapkan mutaba'ah amal such as matsurat, tilawah n tadabbur 5 ms 1 hari. 

Apa pun, aku hanya menyerah diri padaNya, for what aku nak risau, kerana ini adalah ke arah jalan Dia. Tiada apa yang perlu aku gusar kerana aku disamping dengan orang-orang yang beriman. 

Tak sabar pulak rasanya 😊