Tuesday, February 9, 2016

Jaulah 1.0 *vol.1*

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Insyallah untuk post kali ni saya akan berkongsi tentang apa yang saya dapat dari jaulah tempohari. 

Tema: "Sebesar mana tabuk mu?

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah kerana aku dipilih oleh Nya untuk pergi ke jaulah ni. Tema itu sangat berkait rapat dengan perjalanan ini sebab ada beberapa di antara kami yang tak dapat pergi bersama atas sebab2 yang tertentu. 

Tabuk? 
Perang tabuk merupakan perang terakhir Rasulullah bersama para sahabat untuk pergi berperang dengan orang Rom. Pada zaman itu, Rom merupakan satu kuasa empayar yang kuat dan sangat terkenal dengan kuasa mereka. Rasulullah mengeluarkan arahan awal kepada para sahabat untuk berperang dengan orang Rom. Tetapi, beberap sahabat rasulullah yang tidak pergi berperang: 

1. Atas alasan keuzuran 
2. Kerana takut dengan kecantikan orang Rom (tergugat keimanannya)
3. Ka'ab b. Malik - ingin mengutip kurma di ladang nya sebagai bekalan untuk berperang. Ketinggalan ke belakang, sehinggakan beliau tidak pergi berperang. Ka'ab dipulaukan selama 38 hari atas suruhan Allah (apabila turunnya wahyu)

6 Feb 2016
Kami berkumpul di KL Sentral. Terus pergi ke PD untuk tengok sunset. Subhanallah! Berbeza kita tgk pemandangan sambil mencari ibrahnya dengan tgk pemandangan utk release tension. Kami solat maghrib di sisir pantai, wuduk kami adalah air laut yang masin huhu. Pengalaman yg pertama kali. 

Selesai solat, terus shoot pergi melaka. Tidur RI (Rumah Islam) melaka, dimana semua akhwat melaka tiada dirumah. Jadi, tak ada kesempatan utk berkenalan dgn mereka. 

7 Feb 2016
5.00 pagi- terus shoot pergi masjid Selat, Melaka utk Qiam. Masjid ni di atas laut, jadi kat luar tu berangin je, boleh dengar air laut lagi. 

6.45 pagi- pergi ke Jeti untuk pergi ke Pulau Besar, Melaka. Sampai je di pulau, subhanallah alhamdulillah allahuakbar! Cantiknya, airnya yang bersih berwarna hijau cair, pasirnya yang putih, angin yang sepoi2, udara yg segar, pokok2 yang meninggi. Tak dapat nak gambarkan, rasa tak sabar nk terjun ke laut! 


Selesai cari port yg sesuai, kami breakfast roti gardenia dan tuna. Kemudian, kami baca matsurat di sisir pantai. Ketika tu, air pasang, jadi ombak dia sedikit kuat. Menolak-nolak badan kami seolah2 anak kecil sedang mengendeng2 pada kami. Kami tergelak kecil apabila salah sorang antara kami x tertahan dari dipukul ombak dan dibawa arus ombak ke tepi. 



Setelah itu, kami mandi! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Terkesima dengan kesejukan disitu. Norin nampaknya terlebih explore sehingga pergi ke belah yang dalam, sampai kepala je nampak. Mengekek aku lihat gelagat setiap orang. 

Dari sini, baru aku tersedar bahawa Allah menciptakan laut, langit adalah untuk kita. Untuk kita... Allah tidak menjadikan sesuatu tu tanpa tujuan. Allah menciptakan alam ini adalah untuk bantu hamba dalam menyempurnakan tujuan hidup mereka di muka bumi: abit dan khalifah. Kita semua tidak terkecuali dari tugas tersebut. Termasuk juga yang sedang membaca :) 

Kami diminta utk bina istana pasir! First time buat bersungguh-sungguh, dan nampak cantik hasil dari tangan norin, fana dan saya. 

Setelah siap, kak tiah (murabbi) cakap nak roboh kan istana pasir kami. Tapi, kami hanya jerit kecil "tidaaaaaaak... jangan....." Lalu tanpa menunggu masa yang lama, kak tiah berjaya meranap dan meratakan istana kami. Huwaaa :'(

Ibrah: Begitu juga dengan iman. Kita diberi 2 pilihan; samada mempertahan dan melindungi iman kita atau, bina semula iman yang dah jatuh tu yang akan mengambil masa untuk bina nya semula. Lebih susah untuk kita binanya semula kerana setelah kita bina, mungkin tak sama dengan yang mula2. Pepatah inggeris ada berbunyi "prevent is better than cure" 

Kak tiah juga ada menceritakan seorang sahabat yang membawa kudanya bersama pergi merentasi laut, sehinggakan paras air sampai ke leher kuda (kudanya terkapai-kapak berusaha untuk dapatkan udara). Lantaran sahabat berkata "jika ada lagi tanah di depan tu, akan ku jejaki untuk sebarkan islam itu" Hebatnya semangat dakwah dan jihad para sahabat dulu. Nak bandingkan dengan kita sekarang, sangat berbeza. Jahiliyah kita pun masih bergelumang disisi kita. *sob sob* sedikit sebanyak kisah tu menaikkan semangat aku utk terus di jalan ni. Tsabat!

Selesai mengemas dan membersihkan diri, kami santai di pondok untuk tilawah dan tadabbur sambil menunggu feri datang. Akibat letih mandi, kami tertidur di pondok kerana lena dibuai angin yang tak henti merentas di pulau tu. 


Kemudian, kami terus shoot ke Johor! 

***
*volume 2*