Thursday, February 11, 2016

Jaulah 1.0 *vol.2*

Insyallah kita sambung... 

*terus shoot ke johor* 

Perjalanan yang agak jauh sebenarnya. Ambil masa dalam 4-5 jam untuk sampai ke Sinai iaitu betul2 hujung johor dan betul2 hujung lebuhraya. Rasa pelik sikit sebab biasanya kita akan ambil exit ke kiri tapi ni tak, terussssss sampai jumpa exit di penghujung nya. Tetapi, tarbiyah mengajar bahwa tiada apa yang mustahil. 

Sampai je di RI johor, kami dijemput dengan baik dan mesra. Tak pernah rasanya lalui pertemuan mcm ni. Itulah kata orang, jika kita ada pegangan dan tujuan hidup yang sama, ukhwah itu akan lebih kuat. Rasa dah kenal lama, padahal baru je jumpa. 

Kagetnya, ada akhwat dari india. Diorang balik cuti seminggu untuk pergi jaulah di Johor. Yang lebih mengejutkan saya, mereka balik tanpa pengetahuan parents mereka. Mereka ramai2 balik ke MY untuk mendapatkan tarbiyah tu. Kesemuanya dalam 15 orang. Tiba2, rasa hati luluh. Begitu besar pengorbanan mereka untuk agama ni. Tiba2 diri ter-reflect. Apa je yang aku dah untuk agama Allah ni? 

Kami makan beramai-beramai di dulang. Masing2 cerita perjalanan masing2 memandangkan akhwat dari india juga baru sampai MY petang td. Perbualan kali ni lain dari yang lain kerana masing2 dari negeri/negara yang berbeza-beza. Sangat rindukan perbualan kami. Lawak dgn lawak nya, medic dgn medic nya, cerita makanan di india and so on. 

Selepas dari tu, kami disuruh tidur oleh murabbi sbb akan jalani perjalanan lagi untuk esok hari. Rasa teringin nak join dengan akhwat india and johor, kerana malam tu diorang ada pengisian. Masyallah, mereka nampak segar je. Jet lag bukan hal mereka. Itulah penting nya niat, mereka sgt jelas dengan tujuan mereka dtg MY. 

Esok pagi, pukul 5 pagi, kami berangkat bersama-sama dgn akhwat johor pergi ke masjid di dalam UTM. Selepas selesai solat subh, kami pergi ke 'Kota Iskandar'.

Terpanah dengan kecantikan taman tu. Struktur pembinaan disitu buatkan aku rasa di taj mahal! Cantik sangat! Selesai ta'aruf, tilawah dan tadabbur, ibrah, dan perkongsian dari setiap orang, kami pun ambil gambar. 


Selesai disitu, kami teruskan perjalanan ke rumah akhwat kami di puncak alam. Alhamdulillah, rombongan kami diterima baik oleh ibunya. Sangat peramah ibunya. 

Kemudian, kami pergi makan kacang pol! Subhanallah alhamdulillah allahualbar! Sedapnya ya Rabb! First time cuba dan rasa tak menyesal untuk cuba lagi lain hari. Cuba lah makan! Sedap! 

Kami teruskan perjalanan kami ke Tg. Piai, Pontian. Perjalanan yang agak jauh, buatkan aku mengantuk tersangat-sangat. Kesian kak tiah drive sorang2. Sorry kak tiah.. Mujur norin bertahan and sembang dgn kak tiah. Hee. 

Tg.Piai ni adalah pengakhiran semenanjung Malaysia. Tiba-tiba aku teringat cerita sahabat nabi dengan kudanya. Tak mustahil aku fikir untuk sebar kan dakwah sampai ke hujung MY ni kan.. 

Berjalan melihat alam. Cuba memahami bahasa alam melalui Al-Quran. Sungguh baik alam ni. Mereka sangat patuh pada Allah. Setiap hari langit dan bumi berdoa pada Allah untuk hancurkan manusia di dalamnya. Tetapi, Allah kata.. "Tunggu dulu.." Betapa besarnya rahmat Allah kerana sampai kini langit masih bertahan tanpa tiang, bumi masih berputar ke arah yang betul. Cuma, kita.. Adakah kita jalankan seperti yang Allah minta? Adakah kita dapat dijadikan contoh oleh makhluk lain? Nampaknya, pokok tak dapat setanding dengan kita. Mereka lebih tinggi amalannya kerana instead of doing apa yg Allah suruh, mereka sentiasa berzikir memuji Allah. Kata hati kecil ku. Terasa humble aku dengan alam. 

Selesai tujuan kami di Tg. Piai maka berakhirlah perjalanan jaulah kami. Kami terus balik ke melaka untuk bermalam disitu memandangkan masing2 penat untuk direct shoot ke KL. Lagipun, dah petang. 

Malam tu, kami makan malam di Melaka. Kak tiah request nk singgah kedai kek dulu. Buka je kek, tengok2 ada nama kami bertiga. Memandangkan birthday kami dekat2. Huhu indahnya malam tu eh. 

Keesokan harinya, hari dimana kak tiah perlu hantar kami semua balik. Dapat juga jumpa mak norin. Sebab selama ni norin asyik cerita psl family dia, rasa teringin nak jumpa mak dia. Akhirnya dapat bersalaman lagi :) 

Kak tiah hantar aku dan fana ke stesen KTM. 

Ibrah: Apa yang aku dapat sepanjang perjalanan yang merentasi negeri ni? Dapat pula jumpa akhwat baru dari johor and india. Dapat pergi pulau, dimana keinginan aku sebelum ni. Dapat merasai makanan legend dari johor. Subhanallah. 

1. Aku merasakan mustahil utk aku rasa semua ni dalam masa 3 hari 2 malam ni. Tapi, semuanya aku lalui dengan mereka. Dan kami terasa lama perjalanan ni. Baru petang tadi pergi pulau, tapi kami rasakan kelmarin. Kak tiah cakap "itulah keberkatan masa. Jika kit rasa lama je masa tu berlalu, insyallah itulah keberkatan masa yang Allah kurniakan untuk kita"

2. Untuk bab 'mustahil' tu, tarbiyah mengajarkan aku bahawa segalanya tidak mustahil. Aku tak expect untuk ke pulau, rentasi negeri, naik pulak kereta vios yang selesa tu. Haha. Sebenarnya, untuk tapis lagi kata2 ni, tidak ada yang mustahil dalam mengejar Allah dan menolong agama Allah.

3. Kisah-kisah dari perang tabuk, dan sahabat lain benar2 membuka mata aku. Aku perlu menghayatinya lebih lagi, aku perlu mendalami lagi kisah tentang perang tabuk ni untuk aku perbaiki diri.

4. Ukhwah fillah yang terjalin ni insyallah tak berakhir di sini sahaja. Selagi ikatan atas tujuan yang sama yakni mengejar redha Allah dengan jalan dakwah ni, insyallah ikatan ni berlarutan sehingga ke syurga. 

5. Kalau hati kita baik, bersih, ia akan dipantulkan melalui perbuatan kita. Layan akhwat mcm dah lama kenal, senyum, perbualan yang baik2, sudah buatkan aku tertarik dan jatuh hati dalam islam ni. Apatah lagi kalau kita tunjukkan depan orang bukan islam kan? 

6. Kak tiah cakap "tak mustahil untuk aku naik kapal terbang satu hari nanti" kata-kata tu buatkan aku yakin dan tersenyum lebaaaaar... 

Harap para pembaca dapat ambil something dari perkongsian ini. Insyallah, yang baik tu datang dari Allah, yang lemah tu kerana saya hamba yang sangat kerdil. Maafkan saya, dan assalamualaikum.