Sunday, February 14, 2016

Tak serupa sebelumnya

14 februari. Tarikh keramat buat umurku untuk naik satu angka dibelakang sehingga berganjak angka di hadapan (dah masuk 30) 

Zaman jahiliyah
Kalau dulu, dah get ready untuk lalui hari jadi ku. Maklumlah, satu hari yang istimewa! Sekali dalam setahun. 24 jam dalam 8640 jam. Jadi, dah request kat mak, nak beli kek, tapi aku yang beli sendiri haha. Bestfriend pun dah tanya, nak hadiah apa. Aku ambil masa 2-3 hari jugak nak fikir. Haha batak hadiah. Sebelum jam 12 pagi, dah get ready depan phone, nak tgk siapa wish dulu. Kalau bestie x dapat yang ranking pertama, pastu touching. Muahaha, tu lah aku dulu. Sebelum kenal tarbiyah. Lepas tu sedih sebab dah malam, birthday nak berakhir. 

Selepas ditarbiyah 
Kisah semalam. Jujur, aku lupa esoknya hari jadi ku. Allah sebokkan diri aku dengan memikirkan "adakah aku tergolong dalam golongan munafik tu..?" Malam tu aku takut, sedih, rasa down, rasa tak lagi diterima Allah. Sebab Allah menceritakan orang2 munafik ni di dalam AQ yang tiada endingnya. Orang beriman ganjaran adalah syurga. Orang kafir balasan adalah neraka. Tapi Allah tidak menceritakan ending orang munafik di dlm Quran. Allah menyebut, mereka nampak cahaya (orang beriman tu) tetapi mereka tidak memilikinya. Padahal mereka selalu bersama dgn orang beriman tu. Bila golongan munafik ini minta sedikit cahaya tu, orang beriman akan berkata "tidak! Kau telah menzalimi dirimu". Dan Allah juga berkata, "kalau kau nak cahaya tu, balik lah kau ke bumi kembali (sebab cahaya tu boleh di dapatkan ketika kita dibumi, tetapi semua susah terlambat". 

Aku memikirkan sehingga hati ku berat, gusar, sehinggakan air mata tak mampu lagi ditahan. Lalu aku merujuk pada murabbi. Subhanallah, kata-katanya meningkatkan balik semangat aku, and dapatkan aku berganjak dari fikiran aku tadi. 

"Baguslah hati masih sensitive merasai semua ni"

"Bagus lah Allah bg rasa semua ni.. Sebab ada orang even dia dalam golongan munafik, tapi dia tak rasa dia adalah orang munafik tu" 

"Perbetulkan niat balik, ikhlaskan perbuatan kite, tingkatkan iman" 

"Makanan hati adalah dzikir" 

Malam tu aku jadi lebih tenang dari sebelumnya. Birthday aku tahun ni, aku tak sangka Allah sebokkan diri aku dengan memikirkan siapa diri aku. Bukan menanti dunia untuk hiasi hari ulang tahun aku. Aku tidak pandang pada hadiah macam2, dan wish panjang lebar. Aku cuma bersyukur aku masih dihidupkan lagi, sebab semakin meningkat usia kita, semakin kita hampir dengan kematian. Kematian is tidur yang tak bangun balik. Bukan sebarang tidur yang pasti. Disertakan juga dengan peperiksaan dan seksaan. 

Wallahualam.