Sunday, February 14, 2016

Ada apa dengan memasak ni?

Apa yang istimewa sangat memasak ni? Ada apa dengan memasak? Kenapa aku tak suka memasak? Bila disuruh tolong, hati kata tidak, niat kata taknak, tapi perbuatan kata "pergi je, terpaksa". 

Tambahan pulak, bila memasak, even tolong potong2, basuh pinggan, tumit and pinggan cepat sakit. Muda-muda dah sakitkan. Hmm, jaga lah tulang belakang anda (tapi aku rasa faktor utama adalah flat-foot aku) *sob sob. 


"Ek eleh, tolong masak je pon! Tu pun kecoh" 

Mesti orang lain cakap macam ni kan. Tapi mmg patut pun aku dikecam macam tu. Muahaha. Faktor kedua sebab saya tak suka memasak. Ngeh3. Dulu kecik2 main masak2 guna daun, air and pasir je. Sekarang kena guna banyak bahan! 

Cuba tenangkan hati ni yang meronta-ronta bila tyme kena tolong masak.

Apa ibrah daripada memasak ni ye? Aku cuba rujuk pada yang pakar (murabbi). Subhanallah, ada benda disebaliknya sebenarnya yang selama ni aku tak pernah jumpa pun. (Sebab tak pernah cari kihkihkih) 

Memasak bukan kerana kita perempaun, jadi kita kena pandai masak. Bukan jugak sebab one day kite akan kahwin, dan kite kena tahu memasak. Tetapi memasak ni adalah proses tarbiyah. 

Kite diberi 2 pilihan: makan diluar atau memasak. Tetapi kenapa kita pilih nak masak? 

Kerana benda yang mudah didapati, mudah juga untuk dia pergi. Kerana ianya  mudah, buatkan kite kurang untuk merasai. (Contoh untuk makan diluar) 

Tapi kalau kite bersusah payah, macam nak masak tu, bila makanan dah siap, sedap pulak tu, orang makan pun happy, kite akan rasa sangat hargai apa yang kite masak tu. 

Tetapi syaratnya, ikhlaskan hati dulu. 

Macam apabila kite ditarbiyah. Bersusah payah untuk mencari dan terima tarbiyah tu, kena berkorban masa wang ringgit tenaga, padahal boleh je duduk bilik tidur, study time minggu exam/test, tengok movie, lepak dengan kawan2.. Tapi nanti dengan tarbiyah ni lah akan mengubah kita. Sehingga kite akan merasai yang kite sangat menghargai tarbiyah ni. 

Dari memasak, banyak benda kite akan dapat. Seni memasak dan kesabaran. 

Jadi, memasak bukan sebab kite perempuan. Tetapi tarbiyah nak kita berdikari. 

Itulah kata2 murabbi ku. Sangat membuka minda, mencelikkan mata hati, meringankan niat. Insyallah. AsSalam.