Monday, February 29, 2016

Dihentikan seketika

Allah menjadikan manusia yang berkeinginan macam-macam. Nak itu, nak ini. Nak cantik, nak putih, nak pergi vacay luar negara, nak hidup senang, nak couple, nak pakai baju cantik2 (especially yang fit2), nak berjimba tgk wayang, karoke, nak gelak huha huha tanpa hiraukan lelaki di sekeliling, nak keluar malam, nak bercuti dengan kawan2. 

mmmmm 

Tapi...

Allah ada cakap dalam Quran, 

"Maka janganlah kau dipalingkan dari (kiamat itu) oleh orang-orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti keinginannya, yang menyebabkan engkau binasa."
Surah Taha, ayat 16 (20:16)

Now, aku tahu kenapa Allah tak bagi aku semua nikmat "keseronokan yang sementara" tu. 

Orang yang tidak beriman, dan mengikuti keinginannya. Apakah ciri-ciri mereka?

Alpa, kerana tidak beriman pada Allah, tetapi beriman pada kesenangan dunia. Contoh, bila boss suruh buat kerja, tak kira samada terpaksa atau willing mesti terus buat! Sebab? Nanti boss marah, nak tunjuk akhlak yg baik so boleh naik pangkat. 

Bila Allah panggil solat, *azan* "alaaa nanti laaa.." "Eh Kejaap jee, nak scroll insta lagi sikit je.." "Alaaa.. Allah bukannya ada depan aku.."

Yang kedua, orang yang mengikuti keinginan mereka. Nak buat apa yg dia suka tanpa memikirkan dosa dan maksiat. Tanpa memikirkan, adakah Allah akan murka apa yang mereka buat. Mereka berseronok sampai tak ingat dunia. Dunia pun tak teringat apatah lagi akhirat kan.

Tapi kenapa Allah relatekan mereka ini dengan hari akhirat? Apa perkaitannya? 

Bila mereka tidak beriman, buat sambil lewa dgn hukum hakam Allah, berseronok sampai tak kesudah, adakah mereka ingat akan hari kiamat yang semakin hampir dengan mereka? Adakah mereka akan seronok selamanya? Atau, apabila mereka dibangkitkan dari kematian, mereka hanya menggigit jari kerana kesal. Adakah hidup mereka sentiasa seronok tu?  Apakah 'seronok' di sisi Allah? Seronok disisi Allah adalah apabila kita diberi kefahaman tentang islam tu sendiri. Seronok kerana kita dah di jalan yang lurus... 

Lantas, mereka dirancakkan lagi dengan bisikan-bisikan halus yang mengalir dalam darah mereka, yakni syaitan. Dan jin & MANUSIA turut membisikkan kejahatan di dalam dada manusia seperti di dalam surah an-nas. 

See! Syaitan berjaya melakukan kerja mereka utk menyesatkan manusia. Siap OverTime lagi. Kita? Sembahyang pun 5 kali je sehari, baca AQ pun lepas maghrib je. The rest? Syaitan tak henti2 bisik kat telinga kita utk kejarlah dunia. Dunia ni beeeeest. Kiamat tu lambat lagi. Seronok2 lah dulu, nanti taubat lah. 

Sekarang dah jelas bagi aku, kenapa Allah tak kurniakan aku nikmat pergi vaca ke luar negara dgn kawan2 atau family, couple, pakai pakaian yang ikut suka, tak menjaga batasan pergaulan dan sebagainya. Ibrahnya kerana Allah tak mahu kita jadi seperti orang yang hanyut tentang hari kiamat tu. Cuba kita bayangkan setiap inci gelak kita tu, 1cm kiamat mendekati kita. Nauzubillah. Berapa byk dah masa kita bergelak, membuang masa, cakap kosong dgn kawan2. 

Allah juga ada mention, manusia adalah didalam kerugian. Bukan kerana rugi dalam perdagangan jual beli, bukan rugi kerana gagal dalam peperiksaan, tetapi rugi kerana masa. Melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan saling menasihati utk kebenaran dan kesabaran. 

Bersabarlah bagi manusia yang tidak mencapai dan tertunai lagi keinginan mereka. Kerana setiap rezeki yang masuk dan keluar, setiap degup jantung nadi kite, Allah yang kawal. Apatah lagi nikmat yang terang-terang dan kita yakin ianya datang daripada Allah. Percayalah bahawa, inilah yang terbaik bagi kita disisi Allah, walaupun kite asyik menangis macam budak kecil sebab tak dapat "mainan" tu. Tapi, terus-terus lah minta pada Allah..