Tuesday, March 1, 2016

Assalamualaikum 

Harini aku teman ibuku pergi hosp untuk check up. Menjadi kebiasaan, suasana di hosp waktu pagi2 mcm ni memang sibuk. Orang berpusu2 datang utk tujuan yang sama. Tetapi terjadi satu kejadian pada pagi ni. Seorang pesakit di kaunter pendaftaran marah2 kepada pihak hosp yang ditugaskan di kaunter pndftrn. Marah2, sehinggakan orang sekeliling pandang, dan suasana yang td bising kini semakin senyap. Terkejut krn jeritan tu.

Tiba2 aku terfikir dan tersoal sorang diri. Apa yg menyebabkan dia jadi baran begitu? 

1. Mungkin lama menunggu? 
2. Mungkin kerana ditanya soalan yang sama? 
3. Mungkin kerana sikap pihak hosp tu? 

Tetapi.. Apa yang menyebabkan masalah tu? 

Tahap kesabaran. Betul tak? 
Kesan daripada kita sabar, tak mungkin kita marah2.

Kesan daripada kita seorang yang humble, tak mungkin kita berani nak berkasar dgn orang lain. 

Kesan daripada kita beriman, dan takut pada murka Allah, tak mungkin kita berani memarahi orang lain sehinggakan disedari oleh orang lain. Memalukan orang lain, memalukan kita. 

Betul kata Allah. Kebaikan kepada kita disisi Allah adalah apabila Allah memberi kita kefahaman tentang islam tu. Apabila kita faham islam tu yang sebenarnya, ia akan mempengaruhi hidup kita. Cara kita hidup, cara kita pandang sesuatu, cara kita pandang alam (bersyukur) dan dapat mengawal hati kita supaya bersikap husnuzon. Berbeza dengan ilmu. Jika kita dapat ilmu sahaja, tanpa kefahaman, kesannya kita tidak beramal dengan asas ilmu tu. Sebagai contoh, ada je student al-azhar balik dari study sana, tidak beramal dengan ilmu yang mereka peroleh dari sana. Ada je yang tak beramal di jalan ini. 

Aku turut struggle ke arah tu. Bukan senang. Kerana nak ke syurga tiada red carpet. Kena lalu duri2 dulu. Then bila dah masuk syurga, nikmat di dalam tu menjangkaui anggapan kita..